Lawatan Kerja Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti ke Majlis Perbandaran Muar

PAGOH – Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Pegerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti  telah mengadakan lawatan kerja yang terakhir bagi tahun 2018 ke Majlis Perbandaran Muar bagi membincangkan hala tuju industri di kawasan daerah Muar. YB Jimmy Puah Wee Tse telah diberikan taklimat oleh YDP Majlis Perbandaran Muar Mustaffa Kamal Bin H. Shamsudin yang diadakan di Sime Derby Property Gallery, Pagoh dan kemudian beliau telah dibawa melawat kawasan sekitar Bandar Universiti Pagoh. Lawatan kerja ini telah berlangsung pada 18.12.2018 (Selasa), jam 10.30 pagi dan lawatan kerja selesai sekitar jam 2.00 petang.

click image to enlarge