Langkah seumpama itu bukan kali pertama dilakukan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) kerana sebelum ini Bas Muafakat Johor dijenamakan kepada Bas Harapan Johor.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, usaha menjenamakan semula Invest Johor itu bertujuan meningkatkan tahap penyelarasan sektor pelaburan di negeri ini.

“Matlamatnya juga adalah untuk memberi impak lebih jelas dengan memperkasakan pusat tersebut sejajar usaha mempromosikan negeri Johor sebagai destinasi pilihan pelabur dari seluruh dunia.

“Berdasarkan rekod pelabur-pelabur yang berpotensi, banyak syarikat antarabangsa telah memilih Johor sebagai destinasi pelaburan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019: Menerajui Perubahan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kerajaan negeri telah dapat menyakinkan pelaburan daripada syarikat besar dunia untuk melabur di negeri ini yang dianggarkan bernilai RM8 bilion pada tahun depan. – sumber UTUSAN ONLINE –